UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Adibah Bibi kader Asana Marikar
Additional Authors :
  • Dahlia Janan
Title :Pembangunan dan keberkesanan model strategi pengajaran kemahiran mendengar terhadap pembelajaran bahasa melayu sebagai bahasa ketiga di Singapura
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan satu model pengajaran yang menyokong pemerolehan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research, DDR) digunakan, melibatkan tiga fasa utama: analisis keperluan, pembangunan model pengajaran, dan penilaian keberkesanan model. Kaedah kajian menggabungkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif melalui analisis dokumen, senarai semak, soal selidik serta temu bual bersama guru dan pakar dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Dalam fasa pertama, analisis keperluan melibatkan 40 pelajar dan 15 guru, dan mendapati pelajar kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasa (SPB) yang sesuai untuk kemahiran mendengar. Hal ini mengesahkan keperluan bagi satu model pengajaran yang sistematik. Fasa kedua memfokus kepada pembangunan dan penilaian kesahan model yang dinamakan Model PKM BMPK, yang menggabungkan lima dimensi berasaskan teori pemerolehan bahasa kedua dan strategi pengajaran kemahiran mendengar yang sesuai untuk pelajar bukan penutur natif. Fasa ketiga melibatkan penilaian keberkesanan model melalui kaedah eksperimen. Kumpulan kawalan (n=23) menerima pengajaran secara konvensional, manakala kumpulan rawatan (n=23) mengikuti pengajaran berdasarkan Model PKM BMPK selama tiga minggu. Data ujian pra dan pasca dianalisis menggunakan SPSS versi 29. Hasil ujian-t berpasangan menunjukkan bahawa kumpulan rawatan mencatat peningkatan yang signifikan dalam skor kefahaman mendengar (t(22) = 4.052, p = 0.003), manakala kumpulan kawalan tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan (t(22) = 2.07, p = 0.0509). Oleh itu, hipotesis nol bagi kumpulan rawatan ditolak, menyokong keberkesanan model yang dibangunkan. Dapatan kajian ini memberi implikasi penting kepada bidang pedagogi, khususnya dalam pembangunan kurikulum bahasa ketiga. Model PKM BMPK berpotensi untuk dimanfaatkan oleh pendidik dan pembuat dasar di Kementerian Pendidikan Singapura bagi meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar bukan penutur natif Bahasa Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.