Permainan misi negaraku dalam mencabar kesedaran semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat
Type
Thesis
Main Author
Nurfarah Aqilah Zainudin
Additional Authors
Muhammad Faisal Ahmad (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini merangka garis panduan pembangunan program permainan teater berasaskan konsep escape room sebagai medium kreatif bagi memupuk semangat patriotisme melalui pendekatan seni persembahan. Penurunan kesedaran terhadap nilai patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya disebabkan kurangnya pengalaman langsung serta jurang pengetahuan terhadap sejarah, identiti nasional, dan peranan individu dalam masyarakat, menjadi antara pendorong utama kepada inisiatif ini. Selain itu, pengaruh budaya luar turut menyumbang kepada penghakisan nilai tempatan yang berkait dengan patriotisme. Kajian ini tertumpu kepada khalayak Malaysia berumur 17 tahun ke atas, melibatkan konteks produksi seni persembahan serta institusi yang mendukung agenda perpaduan nasional. Pendekatan penyelidikan adalah kualitatif, berasaskan kerangka teori Viola Spolin melalui Teori Permainan, dan mengaplikasikan lima pendekatan penciptaan utama: naratif imersif (immersive storytelling), reka bentuk ruang (spatial storytelling), reka bentuk partisipatif (participatory design), intertekstualiti dan multivokaliti (intertextuality and multivocality), serta pedagogi kritikal (critical pedagogy). Penemuan menunjukkan bahawa permainan teater ini mampu menghasilkan pengalaman dramatik yang menyeluruh melalui interaksi aktif antara pemain, ruang, dan naratif, di samping menyampaikan mesej patriotisme secara simbolik dan reflektif. Implikasi kajian mengesahkan potensi permainan teater sebagai pendekatan pedagogi alternatif yang berkesan dan inklusif. Selain meningkatkan kefahaman terhadap prinsip kenegaraan, pendekatan ini mampu merentas peringkat umur dan latar sosial, serta diaplikasikan dalam pelbagai konteks pendidikan, komuniti, dan kebudayaan. Justeru, gabungan escape room dan seni teater menetapkan penanda aras baharu dalam penghasilan karya seni berimpak tinggi yang relevan dengan keperluan semasa masyarakat Malaysia.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.