UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LC Special aspects of education
Main Author :Premlatha Samurgam
Additional Authors :
  • Grace Annammal Gnana Piragasam
Title :Keberkesanan kaedah PACE Brain GYM terhadap daya tumpuan dan kemahiran mumerasi dalam kalangan murid pemulihan khas
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah _PACE_ Brain Gym_ terhadap daya tumpuan dan kemahiran numerasi dalam kalangan Murid Pemulihan Khas (MPK). Seramai 4 orang subjek kajian yang terdiri daripada MPK Tahun 2 di salah sebuah sekolah di daerah Kulim, Kedah terlibat dalam kajian ini. Kajian yang dijalankan adalah kajian kuantitatif dengan reka bentuk Single Subject Design iaitu AB- A-B Reversal Design. Data kajian dianalisis menggunakan analisis inferensi iaitu pengukuran ujian Friedman merangkumi skor pencapaian numerasi Kemahiran 3 (K3), kepantasan menjawab Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3 dan kekerapan bangun dari tempat duduk. Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3, borang pemerhatian secara langsung tingkah laku menyelesaikan tugasan (On Task Behaviour) dan tingkah laku bangun dari tempat duduk (Out of Seat Behaviour), borang pelaporan pencapaian penguasaan individu numerasi K3 dan soal selidik kesahan Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3 telah digunakan sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor pencapaian numerasi K3 MPK bagi tingkah laku tugasan menjawab Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3 dengan betul adalah tidak signifikan iaitu 0.068 (p > 0.05). Kajian juga mendapati bahawa kepantasan menjawab Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3 MPK bagi tingkah laku tugasan juga adalah signifikan iaitu 0.013 (p < 0.05). Dapatan kajian juga mendapati bahawa kekerapan bangun dari tempat duduk semasa menjawab Set Soalan Lembaran Kerja Numerasi K3 bagi tingkah laku duduk MPK adalah signifikan iaitu 0.044 (p < 0.05). Kesimpulannya, kaedah _PACE_ Brain Gym_ didapati memberi kesan positif kepada peningkatan daya tumpuan dalam aspek menyelesaikan tugasan dan mengurangkan kekerapan bangun dari tempat duduk serta pencapaian numerasi K3 MPK Tahun 2. Implikasinya, guru pemulihan khas boleh menjadikan kaedah _PACE_ Brain Gym_ ini sebagai satu pendekatan strategi atau teknik utama dalam pengajaran dan pembelajaran semua kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) dalam kalangan MPK.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.