UPSI Digital Repository (UDRep)

Perspektif kaunselor terhadap kanak-kanak bercirikan personaliti indigo berdasarkan pendekatan teori pilihan terapi realiti

AVAILABLE Thesis 2655 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perspektif kaunselor terhadap kanak-kanak bercirikan personaliti indigo berdasarkan pendekatan teori pilihan terapi realiti
Type
Thesis
Main Author
Yuan, Meng Yong
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meneliti personaliti kanak-kanak bercirikan Indigo dan mengkaji keberkesanan CTRT dalam membantu kanak-kanak Indigo ke arah perkembangan positif. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kajian kes untuk memperoleh maklumat secara mendalam. Sampel kajian terdiri daripada empat (4) orang kaunselor di sekitar Miri, Sarawak yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data yang dikumpul melalui temubual ke atas empat (4) orang sampel kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Nvivo versi 10.0. Dapatan kajian telah memberi gambaran umum tentang personaliti kanak-kanak bercirikan Indigo, keperluan kanak-kanak bercirikan Indigo dari perspektif CTRT, proses pengendalian kaunselor berdasarkan CTRT, penglibatan kaunselor dalam membantu kanak-kanak bercirikan Indigo dan kesan CTRT ke atas perkembangan golongan kanak-kanak berkenaan. Secara umumnya, kajian telah menunjukkan bahawa CTRT telah berjaya membantu kaunselor dalam proses menjalinkan hubungan dengan kanak-kanak bercirikan Indigo. Selain itu, kajian turut menunjukkan bahawa CTRT berjaya membantu golongan kanak-kanak tersebut untuk mendalami dunia mereka dan membuat penilaian secara menyeluruh. Akhir sekali, perkembangan positif kanak-kanak bercirikan Indigo tersebut telah diperhatikan setelah mereka memeperoleh bantuan dari kaunselor yang mempraktikkan tingkah laku membina seperti mana yang digariskan oleh CTRT. Kajian ini memberi implikasi ke atas perkembangan amalan bimbingan dan kaunseling dan menekankan fungsi kanselor sepajang proses bimbingan dan kaunseling diamalkan. Selain itu, kajian ini telah memperbaharui perspektif orang ramai terhadap kanak-kanak bercirikan Indigo. Seterusnya, bagaimana CTRT dipraktikan dalam usaha memperkembangkan golongan kanak-kanak ini ke arah positif turut membuka mata para pendidk dan penyelidik. Secara keseluruhan, kajian ini telah mewujudkan satu pentas kepada para pendidik dan penyelidik untuk menilai semula keperluan golongan kanak-kanak ini serta mencadangkan altenatif-altenatif yang boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.