Penghayatan prinsip rakun negara dalam aktiviti rukun tetangga sebagai medium kesepaduan sosial
Type
Thesis
Main Author
Siti Afifah kamaruzaman
Additional Authors
Khairul Ghufran Kaspin (advisor)
Subject
HT Communities. Classes. Races
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah wujud di Malaysia sejak tahun 1975 yang berperanan untuk menjaga keselamatan komuniti setempat. Seiring dengan peredaran masa, peranan KRT juga telah mengalami fasa perubahan iaitu daripada menjamin keselamatan penduduk setempat kepada medium kesepaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik. Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu menilai tahap aplikasi prinsip Rukun Negara dalam aktiviti KRT, mengukur tahap penghayatan prinsip Rukun Negara dalam aktiviti KRT sebagai medium kesepaduan antara etnik dan mengenalpasti tahap penerimaan kesepaduan sosial dalam masyarakat di KRT. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik serta disokong oleh pendekatan kualitatif yang melibatkan sampel kajian seramai 381 orang penduduk KRT di Tanjong Malim, Perak. Kaedah persampelan rawak digunakan berpandukan jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970). Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 dan analisis ANOVA. Melalui analisis deskriptif yang dilakukan, aplikasi Prinsip Rukun Negara dalam aktiviti KRT sebagai medium kesepaduan antara etnik berada pada tahap sangat tinggi Dari sudut tahap penghayatan terhadap prinsip Rukun Negara dalam aktiviti KRT sebagai medium kesepaduan antara etnik juga adalah sangat tinggi. Bagi tahap penerimaan kesepaduan sosial dalam masyarakat, ianya dinilai mengikut etnik Melayu, Cina dan India. Hasil dapatan mendapati bahawa secara keseluruhan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan etnik terhadap tahap penerimaan kesepaduan sosial. Kajian ini mendapati bahawa masih wujud kesedaran terhadap kepentingan KRT dalam memupuk kesepaduan etnik di kalangan masyarakat. Pelaksanaan aktiviti KRT telah memberi kesan kepada kesepaduan etnik dalam masyarakat. Implikasi kajian ini adalah menunjukkan KRT dapat menyelaraskan aktiviti sosial berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara dan memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada masyarakat berkaitan kepentingan KRT. Oleh itu, bagi memastikan pelaksanaan aktiviti KRT dapat dilaksanakan secara berterusan, kerjasama daripada semua pihak diperlukan dalam mencapai perpaduan yang diidamkan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.