UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Siti Radzia Ramlee
Additional Authors :
  • Siti Zahrah mahfood
Title :Sejarah dan implikasi penghijrahan pendatang Filipina ke Sabah 1972 hingga 2014
Hits :20
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini menganalisis penghijrahan pendatang Filipina ke Sabah dalam tempoh 1972 hingga 2014 dengan memberi fokus kepada implikasinya dari sudut sosial, politik, ekonomi dan keselamatan, serta tindak balas pihak kerajaan. Sejak dekad 1970-an, Sabah menjadi tumpuan migran dari selatan Filipina, khususnya ekoran konflik bersenjata di Mindanao dan tekanan ekonomi domestik yang mendorong penghijrahan rentas sempadan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif sejarah melalui analisis data primer dan sekunder. Kajian ini menggunakan dokumentasi rasmi kerajaan Malaysia, laporan organisasi antarabangsa serta temubual terpilih dengan migran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa fenomena penghijrahan ini telah mengubah struktur demografi Sabah dengan ketara, membawa kepada pertumbuhan populasi bukan warganegara dan mewujudkan cabaran dalam penyediaan perkhidmatan awam. Implikasi terhadap keselamatan dan kewarganegaraan turut ketara, khususnya berkaitan status pendatang tanpa dokumen sah dan konflik sosial antara komuniti tempatan dan migran. Dari segi ekonomi, kehadiran pendatang Filipina menyumbang kepada pasaran buruh dalam sektor intensif buruh, namun dalam masa yang sama menimbulkan kebimbangan tentang kebergantungan terhadap tenaga kerja asing dan persaingan dalam ekonomi informal. Di peringkat dasar, kajian meneliti respons kerajaan melalui pelbagai polisi, termasuk langkah kawalan imigresen dan program pemutihan, yang masih belum menyelesaikan isu jangka panjang berkaitan integrasi sosial dan kerakyatan. Kesimpulannya, penghijrahan pendatang Filipina ke Sabah telah mencetuskan impak berlapis yang bersifat berpanjangan terhadap landskap sosial dan politik negeri ini. Kajian ini menyarankan perlunya pendekatan dasar migrasi yang lebih inklusif, mampan dan berorientasikan penyelesaian jangka panjang. Sumbangan kajian ini memperkukuh pemahaman tentang dinamika migrasi serantau dan cabaran yang dihadapi oleh negeri penerima dalam konteks sejarah dan keselamatan kontemporari._ _ _
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.