UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Norsahirah Ghani
Additional Authors :
  • Abdul Rasid Jamian
Title : Kebolehgunaan instrumen factor literasi membaca sebagai pengukur factor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid tingkatan dua
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Instrumen Faktor Literasi Membaca sebagai pengukur faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid tingkatan dua. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa iaitu, fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu bual. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferens, manakala data kualitatif dianalisis secara bertema. Persampelan kajian menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok (150 orang guru), persampelan bertujuan (15 orang pakar) dan persampelan rawak berstrata (462 orang murid). Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan terdapat pengaruh guru (R2 = 80%, p < 0.05), sekolah (R2 = 48%, p < 0.05), murid (R2 = 34%, p < 0.05) dan keluarga (R2 = 11%, p < 0.05) terhadap kebolehan membaca murid. Analisis juga mendapati terdapat pengaruh status sosioekonomi dan lokasi sekolah terhadap kebolehan membaca murid, namun menolak pengaruh jantina. Hasil analisis pengesahan faktor (CFA) telah menggugurkan 10 item iaitu dua item semasa analisis faktor penerokaan (EFA), dan lapan item semasa pengujian CFA. Pada akhir kajian, Instrumen Faktor Literasi Membaca mempunyai 60 item yang sepadan dengan data kajian sebenar. Kesimpulannya, Instrumen Faktor Literasi Membaca yang dibangunkan ini telah berjaya membantu dalam mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid. Implikasinya, instrumen ini telah berjaya merungkaikan permasalahan berkaitan faktor kebolehan membaca murid dan menjadi panduan kepada semua pihak yang berkaitan dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.