|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian bertujuan untuk menilai kebolehgunaan Instrumen Faktor Literasi Membaca sebagai pengukur faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid tingkatan dua. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang melibatkan tiga fasa iaitu, fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan, dan fasa penilaian. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temu bual. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferens, manakala data kualitatif dianalisis secara bertema. Persampelan kajian menggunakan teknik persampelan rawak berkelompok (150 orang guru), persampelan bertujuan (15 orang pakar) dan persampelan rawak berstrata (462 orang murid). Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan terdapat pengaruh guru (R2 = 80%, p < 0.05), sekolah (R2 = 48%, p < 0.05), murid (R2 = 34%, p < 0.05) dan keluarga (R2 = 11%, p < 0.05) terhadap kebolehan membaca murid. Analisis juga mendapati terdapat pengaruh status sosioekonomi dan lokasi sekolah terhadap kebolehan membaca murid, namun menolak pengaruh jantina. Hasil analisis pengesahan faktor (CFA) telah menggugurkan 10 item iaitu dua item semasa analisis faktor penerokaan (EFA), dan lapan item semasa pengujian CFA. Pada akhir kajian, Instrumen Faktor Literasi Membaca mempunyai 60 item yang sepadan dengan data kajian sebenar. Kesimpulannya, Instrumen Faktor Literasi Membaca yang dibangunkan ini telah berjaya membantu dalam mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid. Implikasinya, instrumen ini telah berjaya merungkaikan permasalahan berkaitan faktor kebolehan membaca murid dan menjadi panduan kepada semua pihak yang berkaitan dalam membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih baik. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |