UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :ML Literature of music
Main Author :Mohamad Khairul Anuar Mohamad Shapie
Additional Authors :
  • Tham Horng Kent
Title : Improvisasi jazz trombone menggunakan pendekatan bebop pada lagu nyanyian Zain Azman melalui Latihan terancang
Hits :19
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Bebop lines merupakan salah satu elemen muzik yang boleh diguna pakai ketika mengimprovasi lagu Jazz. Idea ini tercetus dari lagenda jazz seawal tahun 1940-an iaitu Charlie Parker (1920-1955) dan Dizzy Gilliespie (1917-1993). Muzik bebop terkenal dengan tempo yang laju dan sukar untuk dimainkan, lebih-lebih lagi dengan menggunakan alat muzik trombon. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti elemenelemen muzik yang terdapat di dalam bebop lines seperti rentak, simbol dan corak dan seterusnya diimplementasikan pada bahagian melodi lagu dan improvisasi dengan menggunakan lagu-lagu nyanyian Zain Azman, yang merupakan penyanyi jazz terulung di Malaysia sekitar tahun 1950-an. Walaupun lagu-lagu nyanyian beliau sering dipersembahkan di dalam pelbagai bentuk ensemble, namun demikian pernampilan alat muzik trombon sebagai pemain solo utama masih kurang diketengahkan. Dengan merujuk kepada beberapa pemain trombon jazz bebop terdahulu, ianya memberi inspirasi dan gambaran untuk mengembangkan lagi idea bebop lines pada karya tempatan. Hal ini sekali gus memberi cabaran untuk memainkan improvisasi bebop lines dengan gaya tersendiri. Sudah pastinya hal tersebut memerlukan kemahiran yang sangat tinggi dari aspek teknikal dalam permainan alat muzik trombon. Konsep utama yang akan digunakan di dalam persediaan persembahan adalah berpandukan Latihan Terancang (Deliberate Practice). Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses kreatif untuk mengimplementasikan pola improvisasi bebop berlaku melalui dua fasa iaitu fasa transformasi melodi vokal ke dalam bentuk instrumental dan implementasikan pola improvisasi Bebop Lines pada lagu-lagu nyanyian Zain Azman._
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.