UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah

AVAILABLE Thesis 180 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah
Type
Thesis
Main Author
Azlina Amat Yasin
Additional Authors
  • Rohaidah Masri (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model SPIKK, sebuah Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai-Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah dan menilai kebolehgunaannya. Reka bentuk penyelidikan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) melalui tiga fasa: (1) analisis keperluan, (2) reka bentuk dan pembangunan, dan (3) penilaian kebolehgunaan. Temu bual separa struktur telah digunakan bagi fasa analisis keperluan dan penilaian kebolehgunaan model, manakala fasa reka bentuk menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dan fasa pembangunan menggunakan Interpretive Structural Modelling (ISM) dengan perisian Concept Star. Seramai 51 pakar telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Di dalam fasa analisis keperluan, kesemua enam pakar bersetuju tentang kepentingan untuk mengintegrasikan Nilai-Akhlak dalam pendidikan Matematik STEM di sekolah rendah. Dalam fasa reka bentuk, FDM digunakan untuk mencapai konsensus dalam kalangan 29 pakar dalam bidang pendidikan Matematik, Nilai-Akhlak, dan STEM. Dapatan menunjukkan 38 elemen diterima untuk mereka bentuk model, manakala 12 elemen ditolak berdasarkan kriteria yang ditetapkan (nilai ambang 0.157, peratusan persetujuan pakar melebihi 75%, dan nilai defuzzifikasi melebihi 0.5). Elemen yang disahkan ini telah distrukturkan ke dalam hierarki menggunakan ISM oleh 11 pakar pendidikan. Di dalam fasa penilaian kebolehgunaan model, seramai lima informan telah menilai model SPIKK dan mengesahkan bahawa model ini secara praktikalnya dapat membantu guru Matematik untuk mengintegrasikan Nilai-Akhlak dalam pengajaran Matematik STEM di sekolah rendah. Melalui model ini, guru Matematik dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih aktif, berkolaborasi, berinovatif dan memotivasikan murid yang lemah bagi mengembangkan minat dalam Matematik. Kesimpulannya, Model SPIKK menunjukkan potensi signifikan sebagai model bermanfaat bagi guru Matematik untuk merangka pendekatan pengajaran yang efektif bagi mengintegrasikan nilai akhlak ke dalam pengajaran Matematik dan STEM. Implikasinya, Model SPIKK ini dapat menghasilkan murid yang bukan sahaja cemerlang dalam Matematik STEM, bahkan turut memupuk pembangunan watak yang komprehensif dan pembinaan individu ke arah pembentukan murid yang berakhlak mulia dan terpuji.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.