Pembangunan Kerangka Literasi Membaca Bahasa Arab berbantukan teknologi Augmentasi Realiti untuk Murid Berkeperluan Khas di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nur Hanim Hassan
Additional Authors
Saipolbarin Ramli (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kerangka Literasi Membaca Teks Bahasa Arab menggunakan teknologi Augmentasi Realiti (AR) bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Malaysia. Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) yang diubah suai digunakan dalam tiga fasa utama iaitu analisis keperluan, pembangunan dan reka bentuk, serta penilaian kebolehgunaan, mengikut prosedur Model Dick & Carey. Fasa analisis melibatkan temu bual dengan guru bahasa Arab, Pendidikan Islam, atau guru j-QAF yang mengajar MBK di Sekolah Kebangsaan Khas dan sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Program Pendidikan Inklusif (PPI) di lima zon utama Malaysia. Fasa pembangunan menggunakan Teknik Fuzzy Delphi (FDM) dengan 10 orang pakar, manakala penilaian kebolehgunaan dijalankan melalui soal selidik Kebergunaan, Kepuasan, dan Kemudahangunaan (USE Questionnaire) yang melibatkan tujuh pakar berpengalaman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kerangka ini berpotensi untuk meningkatkan literasi membaca bahasa Arab dalam kalangan MBK, dengan analisis Fuzzy Delphi menunjukkan kesepakatan pakar melebihi 75% untuk tujuh konstruk utama. Penilaian kebolehgunaan menunjukkan skor positif tinggi untuk kebergunaan (93.2%), kemudahan penggunaan (89.4%), kemudahan pembelajaran (87.9%), dan kepuasan (92.7%). Kesimpulannya, penggunaan teknologi AR dalam kerangka ini dapat meningkatkan penguasaan literasi membaca bahasa Arab MBK dan menyumbang kepada pengembangan pedagogi pendidikan inklusif di Malaysia
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.