Pembangunan aplikasi mudah alih pengajaran tulisan terhadap perkembangan menulis murid tahun satu
Type
Thesis
Main Author
Nor Arifah Che Wahab
Additional Authors
Abdul Rasid Jamian (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan aplikasi pengajaran penulisan mudah alih bagi perkembangan penulisan murid Tahun Satu. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif dengan fokus kepada kaedah penyelidikan tinjauan. Pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah berdasarkan model pengajaran ADDIE yang melibatkan fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Untuk fasa analisis, soalan berstruktur telah diedarkan kepada guru-guru bagi mengukur tahap penulisan murid. Dapatan daripada fasa analisis menunjukkan 30 peratus murid Tahun Satu dapat menulis dengan tulisan yang jelas dan betul, manakala selebihnya memerlukan bimbingan dalam aspek tanda baca dan tulisan yang jelas. Seterusnya, fasa reka bentuk melibatkan tiga pakar yang terdiri daripada pensyarah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dapatan daripada fasa reka bentuk menunjukkan nilai indeks I-CVI = >0.94, dan nilai ini menunjukkan tahap persetujuan pakar terhadap item yang diperlukan untuk pembangunan Aplikasi Penulisan Mudah Alih adalah pada tahap 94 peratus. Sementara itu, kesemua konstruk dalam fasa pembangunan menunjukkan nilai min keseluruhan 4.20 (SP=0.814) yang berada pada tahap tinggi. Dalam fasa pelaksanaan dan penilaian, 361 guru Bahasa Melayu di sekolah rendah telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih melalui pensampelan bertujuan. Dapatan daripada fasa pelaksanaan dan penilaian menunjukkan kebolehgunaan aplikasi ini mempunyai skor min 4.11 dan sisihan piawai 0.825. Sebagai kesimpulan, Aplikasi Penulisan Mudah Alih ini boleh digunakan untuk membantu dalam perkembangan penulisan murid. Implikasi kajian ini adalah untuk memberikan bantuan kepada murid dalam proses pembelajaran mereka dan boleh dijadikan bahan bantu mengajar dalam perkembangan penulisan murid.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.