UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Anis Salwani Mahmood
Additional Authors :
  • Azizah Zain
Title :Pembangunan dan penilaian modul Pendidikan kesihatn berasaskan buku cerita grafik bagi membantu masalah kanak-kanak bantut
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan dan penilaian Modul Pendidikan Kesihatan berasaskan buku cerita grafik untuk mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak prasekolah serta meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan sihat. Masalah bantut merupakan isu kesihatan yang serius, namun pendekatan interaktif menggunakan bahan visual seperti buku cerita grafik masih kurang diterokai dalam pendidikan kesihatan awal kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menilai modul yang menangani isu ini. Pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan, merangkumi tiga fasa utama. Fasa I melibatkan analisis keperluan melalui tinjauan terhadap 86 responden, termasuk guru, pegawai pendidikan awal kanak-kanak, dan pegawai pemakanan. Fasa II memberi tumpuan kepada mereka bentuk dan membangunkan modul serta buku cerita grafik dengan input daripada 10 pakar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, pemakanan, grafik, dan penulisan buku cerita kanak-kanak. Fasa III menilai kebolehgunaan modul tersebut dengan melibatkan 17 pakar bidang untuk menilai komponen dan elemennya. Dapatan daripada Fasa I menunjukkan permintaan yang tinggi (98.84%) terhadap pembangunan modul ini. Dalam Fasa II, analisis menggunakan Nominal Group Technique (NGT) mendapati lebih 70% persetujuan dalam kalangan pakar terhadap tiga komponen utama modul dan kandungan buku cerita grafik. Penilaian kebolehgunaan dalam Fasa III melalui Fuzzy Delphi Method (FDM) merekodkan _75% persetujuan pakar dengan nilai ambang _0.2, menunjukkan modul ini diterima sebagai berkesan dan praktikal. Temu bual dengan enam pakar mengesahkan konsensus bahawa modul ini dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan amalan pemakanan sihat dalam kalangan guru serta kanak-kanak prasekolah. Secara keseluruhan, kajian ini menyumbang kepada literatur pendidikan kesihatan awal kanak-kanak, manakala secara praktikalnya, pembangunan Modul Pendidikan Kesihatan ini berpotensi menyokong usaha mencegah masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak prasekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.