UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :DS Asia
Main Author :Nurul Ilma Sofyan
Additional Authors :
  • Norazlan Hadi Yaacob
Title :Literasi kenegaraaan dalam kalangan kelas menengah di Lembah Klang
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap literasi kenegaraan golongan kelas menengah di Lembah Klang, menganalisis perbezaan tahap pengetahuan kenegaraan mengikut aliran pendidikan, serta mengkaji hubungan antara penglibatan golongan kelas menengah dalam sosioekonomi dengan tahap literasi kenegaraan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada 415 responden di sekitar Lembah Klang. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif untuk melihat peratusan dan kekerapan serta analisis inferensi iaitu dengan menggunakan jenis analisis ANOVA, korelasi dan juga Ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap literasi kenegaraan golongan kelas menengah di Lembah Klang berada pada tahap sederhana. Namun, dapatan menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan antara tahap pengetahuan kenegaraan dan aliran pendidikan responden. Analisis juga mendapati bahawa terdapat hubungan positif signifikan antara penglibatan dalam ekonomi, masyarakat, dasar dan tadbir urus, dan pendidikan dengan tahap pengetahuan kenegaraan. Sebaliknya, penglibatan dalam politik dan aktivisme tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan tahap pengetahuan kenegaraan. Kesimpulannya, penglibatan bidang sosioekonomi tertentu memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap literasi kenegaraan golongan kelas menengah di Lembah Klang. Implikasi kajian ini diharapkan memberi nilai tambah kepada literatur sedia ada dan membantu kerajaan dalam merangka strategi yang lebih efektif untuk meningkatkan pengetahuan kenegaraan masyarakat demi menjana perpaduan dan kestabilan sosio-politik di Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.