UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Mohd Rashidi Bujai
Title :Penilaian Kursus Kefahaman Islam Bersepadu di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM (IR)
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP untuk menilai pelaksanaannya melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 340 orang pelatih yang pernah menghadiri Kursus Kefahaman Islam Bersepadu telah dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data kajian juga dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan elemen yang dinilai pada input, proses dan produk juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada pencapaian pelatih Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berdasarkan kategori pangkat dan tempoh lama berkhidmat. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penilaian input dengan pencapaian pelatih dan antara penilaian proses dengan pencapaian pelatih. Kajian ini membawa kepada implikasi perubahan inkremental dalam keseluruhan elemen penilaian input, proses dan produk kecuali dua elemen dalam penilaian produk sahaja iaitu Tarbiyah Nafsiyah (Pendidikan Mental) dan Tarbiyah Ijtimaiyyah (Pendidikan Kemasyarakatan) yang hanya memerlukan kepada perubahan homeostatik. Penilaian terhadap pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM telah memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran dan pengajaran serta dapat memperbaiki sistem latihan yang telah sedia ada.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)