UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohammad Abu Bakar
Additional Authors :
  • Norhisham Muhamad
Title : Amalan pedagagi pengajaran dalam kalangan guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain di Malaysia
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap, perbezaan, hubungan, sumbangan, menganalisis pengesahan faktor, pengaruh dan membina model amalan pedagogi pengajaran dalam kalangan GPI KAFA di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan sejumlah 400 orang GPI KAFA sebagai responden menggunakan kaedah tinjauan serta pensampelan rawak berstrata daripada lima zon. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh sembilan pakar kandungan dan nilai kebolehpercayaan instrumen dengan nilai Alpha Cronbach _ = 0.973. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, min dan sisihan piawai dan statistik inferensi iaitu ujian-t, Anova, Korelasi, regrasi dan SEM-AMOS digunakan untuk menganalisis data kuantitatif. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan interpretasi amalan pedagogi pengajaran berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa kecekapan sosial dalam kalangan GPI juga amat baik. Dapatan perbezaan amalan pedagogi pengajaran terhadap jantina dan pengalaman mengajar menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan amalan pedagogi pengajaran terhadap jantina dan pengalaman mengajar. Dapatan korelasi menunjukkan sebaliknya, terdapat hubungan yang signifikan dengan hubungan yang kuat antara sub konstruk amalan pedagogi pengajaran. Hubungan amalan pedagogi pengajaran terhadap riadhah ruhiyyah adalah tinggi dan menjelaskan konstruk personaliti guru memiliki hubungan yang paling kuat terhadap riadhah ruhiyyah. Ini menjelaskan semakin tinggi personaliti guru, semakin tinggi riadhah ruhiyyah. Ujian regrasi berganda mendapati bahawa kesemua sub konstruk amalan pedagogi pengajaran mempunyai hubungan kuat dan positif. Personaliti guru merupakan penyumbang terbesar kepada riadhah ruhiyyah. Analisis faktor pengesahan SEM menunjukkan model pengukuran eksogenous dan endogenous berjaya mencapai indeks kesepadanan dan menyumbang 63% kepada keberkesanan Riadhah Ruhiyyah. Pekali regrasi menunjukkan bahawa amalan dan kemahiran pengajaran tidak memberi pengaruh dan tidak signifikan terhadap riadhah ruhiyyah. Sebaliknya kemahiran komunikasi dan personaliti berpengaruh dan signifikan terhadap riadhah ruhiyyah. Model hubungan amalan pedagogi pengajaran dapat dibangunkan oleh SEM AMOS melalui kajian ini. Kajian ini penting dalam melatih GPI KAFA yang berkemahiran berkenaan pedagogi pengajaran KAFA.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.