|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini berbentuk kuasi eksperimen bagi mengenal pasti keberkesanan Modul Pembelajaran Sejarah Abad ke-21 (Neo-21CL) terhadap penguasaan pengetahuan dan elemen kewarganegaraan dalam kalangan murid Tahun 5 di Mukim, Sungai Buloh. Modul Pembelajaran Sejarah Abad ke-21 (Neo-21CL) ini adalah diadapatasi daripada Kerangka Pendekatan Neoterik yang menekankan pendekatan kontekstual dan holistik. Seramai 84 sampel di Sungai Buluh, Selangor yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan yang dijadikan sebagai sampel kajian dalam tempoh 14 minggu. Pengumpulan data menggunakan soalan ujian, soal selidik dan temu bual. Analisis kajian yang digunakan ialah analisis deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai, manakala analisis inferensi melibatkan ujian-t, ujian kolerasi pearson dan akhir sekali analisis deskriptif bagi protokol temu bual. Data-data analisis diskriptif dan inferensi diproses menggunakan perisian Statistical Packages Social Science (SPSS) versi 29. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam kumpulan rawatan bagi skor pengetahuan sejarah daripada min 12.55 kepada 28.61, berbanding kumpulan kawalan 12.77 kepada 20.31. Bagi elemen kewarganegaraan, kumpulan rawatan mencatat peningkatan min dari 3.14 kepada 4.63, manakala kumpulan kawalan menurun daripada 3.82 kepada 3.77. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap kedua-dua konstrak yang dikaji (r = 0.402, p=0.008). Namun, tiada perbezaan bagi konstrak pengetahuan dan elemen kewarganegaraan berdasarkan jantina lelaki dan perempuan. Temu bual guru pula menunjukkan persefahaman yang positif terhadap keberkesanan modul dalam meningkatkan pengetahuan dan elemen kewarganegaraan. Secara keseluruhan, kajian ini mendapati bahawa pendekatan pengajaran berteraskan Kerangka Pendekatan Neoterik berupaya meningkatkan pengetahuan dan penghayatan elemen kewarganegaraan, seterusnya menyumbang kepada pembentukan murid yang seimbang dalam konteks pendidikan sejarah. Implikasi kajian ini berpotensi menjadi rujukan kepada pendidik dan penyelidik dalam merangka kurikulum yang kontekstual, holistik dan bersifat futuristik bagi memenuhi keperluan pendidikan sejarah secara menyeluruh. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |