|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kata nama dilihat sebagai satu identiti untuk mengenal sesuatu terutamanya kata nama khas. Proses menterjemah kata nama khas dilihat begitu mudah, namun ianya menjadi tugas yang agak rumit apabila perlu diterjemah ke dalam bahasa lain. Kata nama khas juga ada kalanya terkandung maklumat yang tidak dapat difahami secara langsung. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis teknik-teknik penterjemahan kata nama khas dalam terjemahan novel al-Ustaz oleh Sultan Ahmad bin Abdur dan Mujahid Mustafa Bahjat Edisi Pertama (2010) ke bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini berbentuk data kualitatif dengan pemilihan 25 daripada 195 kata nama khas sebagai sampel kajian. Data diperincikan lagi kepada lima jenis kata nama khas bagi setiap kategori. Teori Newmark (1994) digunakan sebagai kerangka kajian bagi menganalisis teknik-teknik penterjemahan dalam menentukan kesesuaian kata nama khas Melayu-Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan teknik transkripsi paling banyak berlaku dalam setiap terjemahan kata nama khas. Selain itu, penggunaan lebih daripada satu bentuk terjemahan turut berlaku. Kajian ini dijangka dapat memberi panduan dan kefahaman kepada penterjemah dalam menangani isu penterjemahan kata nama khas khususnya dalam teks Melayu-Arab. Diharapkan kajian seperti ini dapat memperbaiki ketepatan terjemahan dengan lebih tepat. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |