UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Khir Johari Abas
Additional Authors :
  • Md Noor Saper
Title :Amalan kaunseling pendekatan Islam dalam kalangan guru bimbingan dan kaunseling
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini meneroka amalan kaunseling pendekatan Islam dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) dengan meneliti pengetahuan, sumber pengetahuan, faktor pendorong, amalan, serta cabaran dalam pelaksanaannya. Pendekatan kualitatif kajian kes pelbagai telah digunakan, melibatkan temu bual separa berstruktur yang mendalam dengan 19 orang GBK yang dipilih melalui persampelan bertujuan berdasarkan kriteria beramal dengan kaunseling pendekatan Islam. Triangulasi data dilaksanakan secara menyeluruh dengan melibatkan pelbagai sumber, lokasi, dan konteks pengumpulan maklumat. Analisis tematik menggunakan perisian NVivo 12 telah dilakukan meliputi proses mengekod, mengkategorikan, dan mengenal pasti tema. Enam tema utama telah terhasil, iaitu: (1) proses kaunseling berasaskan sifat-sifat manusia dan bermatlamatkan akhirat; (2) modifikasi terhadap kaunseling Barat; (3) pengetahuan berkaitan kaunseling pendekatan Islam diperoleh melalui pembelajaran secara formal dan tidak formal; (4) nilai kepercayaan kepada agama; (5) kepelbagaian pendekatan perspektif Islam dalam proses kaunseling; dan (6) cabaran dalaman dan luaran dalam pengamalan kaunseling pendekatan Islam. Kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini dipastikan melalui triangulasi pelbagai sumber data, semakan peserta kajian (member checking), penglibatan mendalam dalam konteks kajian, serta amalan penggantungan andaian (bracketing) bagi menjamin kredibiliti dan ketelusan interpretasi. Dapatan kajian ini membawa kepada pembentukan model kaunseling pendekatan Islam lima fasa yang kontekstual dan bersepadu berasaskan amalan sebenar di sekolah. Ia menyumbang kepada pengukuhan kerangka teori dan amalan kaunseling Islam serta menyediakan panduan praktikal pelaksanaan yang selari dengan nilai-nilai Islam dan keperluan sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini mencadangkan agar pihak berkepentingan seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM) memberi pengiktirafan rasmi, memperkukuh latihan, dan menyokong pelaksanaan kaunseling ini secara sistematik. Penyelidik berikutnya disarankan untuk menilai keberkesanan dan impak jangka panjang model ini melalui pendekatan longitudinal dan kajian pelbagai konteks.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.