|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penggunaan alat manipulatif Jubin Algebra dalam kalangan murid Tingkatan 4 terhadap pencapaian keseluruhan, pengetahuan konseptual, pengetahuan prosedural dan usaha mental bagi topik Persamaan Kuadratik. Reka bentuk kuasi eksperimen dijalankan terhadap 120 orang murid Tingkatan Empat dari sebuah sekolah menengah kebangsaan harian di daerah Shah Alam, Selangor. Persampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk memilih kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kumpulan rawatan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) Jubin Algebra (PJA) manakala kumpulan kawalan menjalani sesi PdP konvensional (PK) bagi topik Persamaan Kuadratik. Terdapat dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini, iaitu Ujian Percapaian Persamaan Kuadratik (UPPK) dan Skala Perkadaran Usaha Mental (SPUM). Data dianalisis statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis deskriptif melibatkan penggunaan min dan sisihan piawai manakala bagi analisis inferensi pula melibatkan ujian _ t sampel bebas dan MANOVA menggunakan Statistical Package of Social Science (SPSS) versi 27. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan PK dan kumpulan PJA pada pencapaian keseluruhan, pengetahuan konseptual, pengetahuan prosedural dan usaha mental murid. Min bagi pencapaian keseluruhan, pengetahuan konseptual dan pengetahuan prosedural bagi kumpulan PJA adalah lebih tinggi berbanding dengan min untuk kumpulan PK. Manakala min bagi usaha mental bagi kumpulan PJA adalah lebih rendah berbanding kumpulan PK. Kesimpulannya, PJA memberikan kesan yang positif kepada tahap pencapaian keseluruhan, pengetahuan konseptual dan pengetahuan prosedural serta dapat mengurangkan usaha mental murid Tingkatan 4 dalam menyelesaikan soalan Persamaan Kuadratik. Implikasi kajian ini adalah penggunaan Jubin Algebra boleh dijadikan alat manipulatif alternatif yang menarik dan dapat membantu meningkatkan kefahaman murid dalam topik Persamaan Kuadratik. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |