UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :B Philosophy. Psychology. Religion
LB Theory and practice of education
Main Author :Suhaida Mohd Sukis
Additional Authors :
  • Norhisham Muhamad
Title : Pengaruh Al-Hikmah al-Syaja'ah al-Iffah dan al-Adlu guru Pendidikan Islam terhadap kesediaan pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital di Sekolah Kebangsaan
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap al-Hikmah, al-Syaja_ah, al-_Iffah, al-_Adlu dan kesediaan guru Pendidikan Islam dalam pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Digital (PA-Digital) di Sekolah Kebangsaan. Kajian turut meneliti perbezaan berdasarkan lokasi, umur dan pengalaman, serta hubungan dan pengaruh antara pemboleh ubah kajian. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan hirisan rentas melibatkan 500 orang guru. Instrumen soal selidik diuji kebolehpercayaannya dengan Alpha Cronbach _ = 0.97, menunjukkan kebolehpercayaan sangat tinggi. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min, kekerapan, sisihan piawai) dan inferensi (Ujiant, ANOVA, Korelasi dan Regresi), manakala data kualitatif diperoleh melalui temu bual separa berstruktur melibatkan tiga orang guru yang dipilih menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Dapatan menunjukkan tahap al-Hikmah (M=4.06), al-_Iffah (M=4.07), al-_Adlu (M=4.16) dan kesediaan (M=4.04) adalah tinggi, manakala al- Syaja_ah sangat tinggi (M=4.22). Hasil Ujian-t memperlihatkan perbezaan signifikan bagi al-Hikmah (0.021, p < 0.05), al-_Adlu (0.005, p < 0.05) dan kesediaan berdasarkan lokasi (0.002, p < 0.05). Ujian ANOVA Sehala menunjukkan perbezaan bagi al-_Iffah berdasarkan umur (0.000, p < 0.05). Manakala tiada perbezaan signifikan bagi al- Hikmah (p=0.917 _ 0.05), al-Syaja_ah (p=0.653 _ 0.05), al-_Adlu (p=0.166 _ 0.05) dan kesediaan (p=0.392 _ 0.05) berdasarkan pengalaman mengajar. Korelasi menunjukkan hubungan signifikan antara nilai akhlak dengan kesediaan, manakala regresi menunjukkan al-_Adlu (41.3%) memberi pengaruh terbesar terhadap kesediaan, diikuti al-_Iffah (36.5%), al-Hikmah (32.9%) dan al-Syaja_ah (25.6%). Dapatan temu bual turut menyokong bahawa al-Hikmah, al-Syaja'ah, al-'Iffah, dan al-'Adlu serta tahap kesediaan guru merupakan elemen penting dalam pelaksanaan pentaksiran digital. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa al-Hikmah, al-Syaja'ah, al-'Iffah, dan al-'Adlu berperanan penting dalam memperkukuh kesediaan guru terhadap pentaksiran digital serta menjadi asas bagi penyelidikan lanjutan. Implikasinya, al-Hikmah, al- Syaja'ah, al-'Iffah, dan al-'Adlu dapat menghasilkan kesediaan yang mampan dalam pelaksanaan PA-Digital di Sekolah Kebangsaan, sekali gus menyokong keberhasilan murid secara holistik dan bersepadu selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013_2025 dan Dasar Pendidikan Digital 2023.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.