UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
PJ Semitic
Main Author :Salmi Sakinah Abdul Shukor
Additional Authors :
  • Taj Rijal Mohamad Romli
Title :Analisis makna eksplisit penterjemahan peribahasa Arab Melayu dalam Buku Kalilah Wa Dimah
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis makna eksplisit yang muncul semasa proses penterjemahan peribahasa Arab-Melayu dalam buku Kalilah & Dimnah: Inspirasi Cendekiawan Merentas Masa, yang diterjemahkan oleh Siti Hadijah Mappeneding pada tahun 2017. Pengkaji menggunakan metodologi kualitatif yang berfokus kepada kajian kepustakaan. Kajian ini berlandaskan kerangka teori yang dikemukakan oleh Vinay dan Darbelnet, serta Klaudy dan Karoly, yang menggunakan pendekatan yang sistematik dan terperinci. Sebanyak 10 peribahasa daripada buku tersebut telah dipilih sebagai korpus kajian. Teknik pengeksplisitan yang digunakan oleh penterjemah telah dianalisis berdasarkan 10 teknik pengeksplisitan yang digariskan dalam kajian Mohamed Mostafa (2016). Dapatan kajian menunjukkan bahawa beberapa teknik ini telah digunakan secara berkesan dalam menterjemah peribahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, termasuk parafrasa eksplisit, penggunaan kata hubung, pengembangan leksikal, pengkhususan, penggantian, penjelasan, pelesapan, rujukan, peningkatan frasa dan klausa dan pengulangan leksikal. Kajian ini merumuskan bahawa penterjemah telah menggunakan pelbagai teknik pengeksplisitan bagi memastikan terjemahan yang tepat dan sesuai dari segi pemahaman budaya. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan teknik pengeksplisitan dalam menterjemahkan ungkapan yang terikat dengan unsur budaya seperti peribahasa, serta memahami keperluan untuk mengintegrasikan teknik ini dalam kurikulum penterjemahan, dengan memberi penekanan yang penting terhadap konteks budaya dalam proses pemindahan bahasa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.