|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan instruksional bagi pengajaran Aspek Seni Bahasa. Modul ASB-Syair dibangunkan menggunakan Model ADDIE. Modul ini dibangunkan untuk murid Tahun Lima sekolah rendah. Pada peringkat analisis keperluan, soal selidik telah dijalankan kepada 30 orang guru untuk mengenal pasti pandangan tentang keperluan untuk membangunkan bahan pengajaran instruksional. Nilai min dan sisihan piawai yang diperolehi daripada soal selidik ini ialah (M=4.10, SP=0.48). Pada peringkat reka bentuk dan pembangunan, proses pengesahan telah dijalankan melibatkan kesahan muka dan kesahan kandungan. Kesahan Modul ASB-Syair dijalankan menggunakan instrumen soal selidik skala Likert lima darjah yang diadaptasi dan diubah suai daripada Instrumen Penilaian Kualiti bagi Modul Pengajaran yang mengandungi tiga komponen utama iaitu reka bentuk kandungan, reka bentuk antara muka dan reka bentuk multimedia. Modul tersebut telah disahkan oleh tiga pakar yang melibatkan dua orang dalam bidang Kesusasteraan Melayu, seorang lagi dalam bidang teknologi pendidikan. Dapatan melalui Indeks Kesahan Kandungan menunjukkan Modul ASB-Syair mempunyai kesahan kandungan yang tinggi iaitu CVI=1. Kesimpulannya, modul ini mempunyai kebolehgunaan yang tinggi. Implikasinya ialah Modul ASB-Syair yang dibangunkan diyakini sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia dengan mengintegrasikan Aspek Seni Bahasa yang berpotensi menyokong penguasaan kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |