|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Kosa Kata Sundait (M-KOKAS) di peringkat sekolah rendah. Kajian ini merangkumi tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti keperluan, membangunkan, dan menilai kebolehgunaan modul sebagai bahan bantu pengajaran kosa kata. Kajian ini menggunakan pendekatan Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) berasaskan Model ADDIE. Data diperoleh melalui soal selidik, analisis dokumen dan temu bual guru, serta dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif dan tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% responden bersetuju dengan keperluan pembangunan modul. Dua modul telah dibangunkan, iaitu M-KOKAS 1 dan M-KOKAS 2, yang masing-masing mencapai pekali kesahan kandungan 0.99 berdasarkan penilaian pakar kandungan. Guru pelaksana menyatakan bahawa M-KOKAS mudah digunakan, menarik minat murid, dan sesuai diaplikasikan dalam pengajaran kosa kata. Kesimpulannya, M-KOKAS telah berjaya dibangunkan sebagai bahan bantu mengajar yang efektif, autentik, dan berpaksikan budaya. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi sundait dalam PdP bukan sahaja memperkasa penguasaan kosa kata, malah menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan kontekstual. Implikasinya, M-KOKAS berpotensi menjadi sumber rujukan utama dalam pengajaran kosa kata sekolah rendah serta menyumbang kepada usaha pelestarian sundait sebagai warisan bahasa dan sastera tempatan dalam pendidikan formal. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |