UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Kavitha Ratnam
Additional Authors :
  • Abdul Rahim Hamdan
Title :Keberkesanan pendekatan pembelajaran berasaskan inkuri dalam meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu murid Tingkatan Empat
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pendekatan pengajaran berasaskan inkuiri dalam meningkatkan kemahiran penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Reka bentuk kuasi-eksperimen telah digunakan melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat dari SMK San Min, Hilir Perak yang dipilih secara bertujuan berdasarkan pencapaian setara dalam subjek Bahasa Melayu. Seramai 12 orang pakar pelbagai bidang turut terlibat dalam menilai kebolehgunaan item praujian dan pascaujian, borang soal selidik, soalan temu bual, serta Manual Pendekatan Inkuiri 5P yang dibangunkan khusus untuk kajian ini. Data kajian diperoleh melalui praujian, pascaujian, soal selidik dan temu bual separa berstruktur. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, termasuk pengiraan min, sisihan piawai, Ujian-t Sampel Tidak Bersandar dan Ujian-t Sampel Berpasangan bagi menentukan perbezaan pencapaian antara kumpulan rawatan dan kawalan. Data kualitatif pula dianalisis secara tematik bagi mengenal pasti tema utama berkaitan keberkesanan pendekatan inkuiri seperti yang dilaporkan oleh pelajar dan guru. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan pengajaran berasaskan inkuiri yang berteraskan Manual Inkuiri 5P berkesan dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan pelajar, dengan perbezaan min yang signifikan dicatatkan antara kumpulan rawatan dan kawalan (p = 0.021). Dapatan soal selidik turut menunjukkan skor min keseluruhan sebanyak 3.32, mencerminkan tahap kesepakatan pakar yang tinggi terhadap keberkesanan pendekatan tersebut. Secara keseluruhannya, kajian ini membuktikan bahawa pendekatan pengajaran berasaskan inkuiri melalui Manual Inkuiri 5P merupakan satu inovasi pedagogi yang berimpak tinggi dalam meningkatkan penguasaan kemahiran penulisan Bahasa Melayu. Pendekatan ini bukan sahaja menyokong pembelajaran kendiri dan berpusatkan pelajar, malah turut memperkukuh kemahiran berfikir, meneroka dan mengekspresikan diri secara berstruktur. Justeru, pelaksanaan pendekatan ini wajar dipertimbangkan secara meluas dalam bilik darjah bagi menyokong aspirasi pendidikan abad ke-21.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.