|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi guru prasekolah dalam penerapan PdP, yang melibatkan empat buah zon negeri terdiri daripada Pulau Pinang zon utara, Terengganu zon timur, Johor zon selatan dan Selangor zon barat. Kajian ini turut melihat perbezaan motivasi dan kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan berdasarkan lokasi, pengalaman mengajar, dan kelayakan akademik Bagi mencari jawapan kepada objektif kajian, pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan yang dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada BECTA yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian demografi dan bahagian konstruk yang mengandungi lima konstruk. Penggunaan model pengukuran Rasch untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang mengambil kira nilai PTMEA yang berada dalam lingkungan _3, nilai keserasian item infit dan oufit 0.50 _ 1.50, nilai unidimensionaliti (PCA) melebihi 40% bagi manakala nilai kebolehpercayaan melebihi 0.70 dan dianggap baik. Analisis dalam kajian ini menggunakan SPSS versi 2.6, iaitu ANOVA, ANOVA DUA HALA, MANOVA, MANOVA dua HALA dan Regrasi berganda dalam metodologi kajian ini. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah berada pada tahap tinggi. Selain itu terdapatnya perbezaan motivasi penggunaan TMK antara lokasi namun apabila dikaitkan dengan pengalaman mengajar dan kelayakan akademik dengan nilai p > 0.05. Di samping itu analisis kajian ini juga menunjukan terdapatnya pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi dalam kalangan guru prasekolah sebanyak 70%. Kesimpulannya, pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi guru prasekolah untuk menggunakan TMK dalam bilik darjah adalah tinggi. Kajian ini juga memberi implikasi dan sumber rujukan dan panduan kepada pihak KPM atau pun organisasi yang terlibat, di samping itu kajian ini turut memberi impak kepada kajian seterusnya kerana ianya melibatkan kepelbagaian analisis kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian._ |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |