UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh kesedian kemahiran pengetahuan sikap dan kemudahan TMK terhadap motivasi guru prasekolah dalam penerapan penggunaan TMK di peringkat pengajaran dan pembelajaran prasekolah

AVAILABLE Thesis 144 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh kesedian kemahiran pengetahuan sikap dan kemudahan TMK terhadap motivasi guru prasekolah dalam penerapan penggunaan TMK di peringkat pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Type
Thesis
Main Author
Azlinda Husin
Additional Authors
  • Nor Mashitah Mohd Radzi (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi guru prasekolah dalam penerapan PdP, yang melibatkan empat buah zon negeri terdiri daripada Pulau Pinang zon utara, Terengganu zon timur, Johor zon selatan dan Selangor zon barat. Kajian ini turut melihat perbezaan motivasi dan kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan berdasarkan lokasi, pengalaman mengajar, dan kelayakan akademik Bagi mencari jawapan kepada objektif kajian, pendekatan kuantitatif iaitu tinjauan yang dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik yang diadaptasi daripada BECTA yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian demografi dan bahagian konstruk yang mengandungi lima konstruk. Penggunaan model pengukuran Rasch untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang mengambil kira nilai PTMEA yang berada dalam lingkungan _3, nilai keserasian item infit dan oufit 0.50 _ 1.50, nilai unidimensionaliti (PCA) melebihi 40% bagi manakala nilai kebolehpercayaan melebihi 0.70 dan dianggap baik. Analisis dalam kajian ini menggunakan SPSS versi 2.6, iaitu ANOVA, ANOVA DUA HALA, MANOVA, MANOVA dua HALA dan Regrasi berganda dalam metodologi kajian ini. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kesediaan guru prasekolah berada pada tahap tinggi. Selain itu terdapatnya perbezaan motivasi penggunaan TMK antara lokasi namun apabila dikaitkan dengan pengalaman mengajar dan kelayakan akademik dengan nilai p > 0.05. Di samping itu analisis kajian ini juga menunjukan terdapatnya pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi dalam kalangan guru prasekolah sebanyak 70%. Kesimpulannya, pengaruh kesediaan kemahiran, pengetahuan, sikap dan kemudahan terhadap motivasi guru prasekolah untuk menggunakan TMK dalam bilik darjah adalah tinggi. Kajian ini juga memberi implikasi dan sumber rujukan dan panduan kepada pihak KPM atau pun organisasi yang terlibat, di samping itu kajian ini turut memberi impak kepada kajian seterusnya kerana ianya melibatkan kepelbagaian analisis kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan kajian._

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.