UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Muhammad Zulhusnie Khalib
Additional Authors :
  • Mohamad Marzuqi Abdul Rahim
Title : Penilaian kaedah ABAHATA terhadap pembacaan surah Al-Fatihah murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Melaka Tengah
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kelemahan penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan pelajar sekolah menengah telah dikenalpasti melalui pemerhatian sewaktu pembelajaran di dalam bilik darjah, mendorong kajian ini untuk menilai keberkesanan kaedah ABAHATA. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan bacaan Surah Al-Fatihah dalam kalangan murid Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Melaka Tengah, sebelum dan selepas pelaksanaan kaedah ABAHATA, serta menilai keberkesanannya. Reka bentuk eksperimen berkumpulan dengan ujian pra dan pos digunakan dengan melibatkan 12 pelajar lelaki, dengan tujuh pelajar dalam kumpulan rawatan dan lima dalam kumpulan kawalan. Data dikumpul melalui ujian pra dan pos serta soal selidik. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kumpulan rawatan bagi semua domain: makhraj huruf, hukum tajwid, penulisan rasm, dan tartil serta taranum. Kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan. Soal selidik mendedahkan persepsi positif, terutamanya keyakinan membaca Al-Quran. Kaedah ABAHATA terbukti efektif, meningkatkan kemahiran teknikal dan motivasi pelajar. Implikasinya, kaedah ini boleh diintegrasikan dalam kurikulum Pendidikan Islam untuk memperkukuhkan lagi bacaan Al-Quran pelajar di sekolah menengah. Sumbangan kajian ini ialah menyokong inovasi pedagogi yang sistematik dan interaktif. Kajian lanjutan disyorkan untuk skop yang lebih luas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.