|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengajaran guru Matematik sekolah rendah dalam pelaksanaan pendidikan STEM serta mengenal pasti hubungan dan perbezaan signifikan berdasarkan pengalaman mengajar dan tahap pendidikan tertinggi. Pendidikan STEM yang merangkumi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik merupakan asas pembangunan modal insan berdaya saing, justeru pemahaman guru terhadap pelaksanaannya amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan deskriptif digunakan, melibatkan 113 orang guru Matematik dari sekolah rendah kebangsaan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Instrumen kajian merupakan soal selidik empat bahagian meliputi konstruk pengetahuan STEM, sikap terhadap STEM dan amalan pengajaran STEM. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 27 melalui analisis deskriptif, korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan STEM (min = 4.19, SP = 0.43), sikap terhadap STEM (min = 4.12, SP = 0.41) dan amalan pengajaran STEM (min = 4.16, SP = 0.42) berada pada tahap tinggi. Terdapat hubungan signifikan dan positif antara pengetahuan dengan sikap (r = 0.681, p < 0.01), pengetahuan dengan amalan pengajaran (r = 0.712, p < 0.01), serta sikap dengan amalan pengajaran (r = 0.654, p < 0.01). Analisis ANOVA dan ujian-t menunjukkan perbezaan signifikan dalam tahap pengetahuan (F = 4.85, p < 0.01), sikap (F = 5.31, p < 0.01) dan amalan (F = 4.66, p < 0.01) berdasarkan tahap pendidikan tertinggi, serta perbezaan berdasarkan pengalaman mengajar (p < 0.05). Implikasi kajian menunjukkan keperluan latihan profesional berfokus kepada integrasi disiplin STEM, serta sokongan dasar dan sumber oleh pihak pentadbiran. Kajian turut mencadangkan penyelidikan masa hadapan menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan mengambil kira faktor kontekstual seperti fasiliti sekolah, budaya organisasi dan penglibatan komuniti bagi memahami pelaksanaan STEM secara menyeluruh |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |