UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Vivithrahh Panneir Selvam
Additional Authors :
  • Nor Hasnida Che Md Ghazali
Title :Pengetahuan sikap dan amalan pengajaran guru Matematik dalam pelaksanaan Pendidikan STEM
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan pengajaran guru Matematik sekolah rendah dalam pelaksanaan pendidikan STEM serta mengenal pasti hubungan dan perbezaan signifikan berdasarkan pengalaman mengajar dan tahap pendidikan tertinggi. Pendidikan STEM yang merangkumi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik merupakan asas pembangunan modal insan berdaya saing, justeru pemahaman guru terhadap pelaksanaannya amat penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan deskriptif digunakan, melibatkan 113 orang guru Matematik dari sekolah rendah kebangsaan di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Instrumen kajian merupakan soal selidik empat bahagian meliputi konstruk pengetahuan STEM, sikap terhadap STEM dan amalan pengajaran STEM. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 27 melalui analisis deskriptif, korelasi Pearson, ujian-t dan ANOVA sehala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan STEM (min = 4.19, SP = 0.43), sikap terhadap STEM (min = 4.12, SP = 0.41) dan amalan pengajaran STEM (min = 4.16, SP = 0.42) berada pada tahap tinggi. Terdapat hubungan signifikan dan positif antara pengetahuan dengan sikap (r = 0.681, p < 0.01), pengetahuan dengan amalan pengajaran (r = 0.712, p < 0.01), serta sikap dengan amalan pengajaran (r = 0.654, p < 0.01). Analisis ANOVA dan ujian-t menunjukkan perbezaan signifikan dalam tahap pengetahuan (F = 4.85, p < 0.01), sikap (F = 5.31, p < 0.01) dan amalan (F = 4.66, p < 0.01) berdasarkan tahap pendidikan tertinggi, serta perbezaan berdasarkan pengalaman mengajar (p < 0.05). Implikasi kajian menunjukkan keperluan latihan profesional berfokus kepada integrasi disiplin STEM, serta sokongan dasar dan sumber oleh pihak pentadbiran. Kajian turut mencadangkan penyelidikan masa hadapan menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan mengambil kira faktor kontekstual seperti fasiliti sekolah, budaya organisasi dan penglibatan komuniti bagi memahami pelaksanaan STEM secara menyeluruh
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.