|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsur akal budi Melayu, serta menjelaskan perkembangan pemikiran kesenimanan M. Nasir dalam seni kata lagu karyanya. Hasil penyelidikan ini telah menemukan kepelbagaian tema dan unsur dalam karya M. Nasir yang dipengaruhi dengan pelbagai faktor persekitaran dan perkembangan pemikiran yang sentiasa cuba mempengaruhi khalayaknya untuk lebih memikirkan tentang memajukan diri, bangsa, agama dan negara. Daripada keseluruhan proses penyelidikan ini, telah menemukan tiga unsur utama dalam kehebatan dan kegemilangan seseorang seniman, iaitu akal, budi dan jiwa. Terbukti karya-karya M. Nasir sememangnya bernilai tinggi dan berada dalam kelas tersendiri yang memberi nilai tambah keintelektualan dan peradaban bangsa. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |