UPSI Digital Repository (UDRep)

Akal budi melayu dan estetika keseniman dalam seni kata lagu karya M.Nasir

AVAILABLE Thesis 144 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Akal budi melayu dan estetika keseniman dalam seni kata lagu karya M.Nasir
Type
Thesis
Main Author
Hairul Anuar Harun
Additional Authors
  • Mohd Azam Sulong (advisor)
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Institut Peradaban Melayu
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsur akal budi Melayu, serta menjelaskan perkembangan pemikiran kesenimanan M. Nasir dalam seni kata lagu karyanya. Hasil penyelidikan ini telah menemukan kepelbagaian tema dan unsur dalam karya M. Nasir yang dipengaruhi dengan pelbagai faktor persekitaran dan perkembangan pemikiran yang sentiasa cuba mempengaruhi khalayaknya untuk lebih memikirkan tentang memajukan diri, bangsa, agama dan negara. Daripada keseluruhan proses penyelidikan ini, telah menemukan tiga unsur utama dalam kehebatan dan kegemilangan seseorang seniman, iaitu akal, budi dan jiwa. Terbukti karya-karya M. Nasir sememangnya bernilai tinggi dan berada dalam kelas tersendiri yang memberi nilai tambah keintelektualan dan peradaban bangsa.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.