|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengukur pengaruh personaliti dan motivasi terhadap efikasi kendiri membuat keputusan kerjaya dalam kalangan murid tingkatan empat di sekolah menengah. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan 200 orang murid dari lima buah sekolah menengah di daerah Hilir Perak, Perak. Sampel kajian menjawab tiga jenis instrumen soal selidik iaitu Big Five Inventory (BFI), Participation Motivation Inventory (PMI) dan Career Decision - Making Self Efficacy Scale - Short Form (CDMSE - SF). Data dianalisis menggunakan Ujian - t, Korelasi Pearson dan Regrasi Pelbagai. Hasil analisis Ujian - t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina bagi subskala personaliti neuroticm dan personaliti openness berdasarkan jantina. Bagi motivasi dan efikasi kendiri menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan berdasarkan jantina. Seterusnya, bagi analisis korelasi pearson pula mendapati terdapat hubungan antara personaliti dan motivasi dengan efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya. Bagi analisis regresi pelbagai menunjukkan bahawa personaliti dan motivasi menyumbang sebanyak 25.9 peratus secara signifikan (p < 0.05) kepada efikasi kendiri dalam membuat keputusan kerjaya. Kesimpulannya, di dapati bawah personaliti neuroticm dan motivasi ekstrinsik memainkan peranan penting dalam membantu murid membuat keputusan kerjaya. Implikasi kajian mencadangkan agar pihak kaunselor, ibu bapa dan guru memberikan sokongan luaran, motivasi dan mengenal pasti personaliti murid bagi membimbing mereka membuat keputusan kerjaya yang sesuai dengan potensi dan ciri diri masing _ masing. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |