UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Sharifah Fatin Afiqah Syed Abd Halim
Additional Authors :
  • Norhisham Muhamad
Title : Penggunaa teknologi E Pembelajaran dalam kalangan mahasiswa pendididkan islam di institut pengajian tinggi
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran, sikap, dan cabaran yang dihadapi oleh mahasiswa Pendidikan Islam dalam penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik yang melibatkan 234 orang mahasiswa daripada empat buah universiti, iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens seperti ANOVA dan analisis regresi linear. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kemahiran mahasiswa dalam penggunaan epembelajaran berada pada tahap sederhana tinggi (min _ 3.97), cabaran (min _ 3.81) manakala sikap mahasiswa terhadap penggunaan teknologi ini berada pada tahap yang tinggi (min _ 4.09). Keputusan analisis ANOVA mendapati tiada perbezaan signifikan dalam tahap kemahiran mahasiswa terhadap penggunaan e-pembelajaran berdasarkan universiti (F (3,320) _ 1.612, p _ .187). Walau bagaimanapun, analisis regresi menunjukkan bahawa cabaran merupakan peramal signifikan terhadap tahap kemahiran e-pembelajaran mahasiswa (R_ Terlaras _ 0.257; F_112.877; t _ 10.624; p < 0.001), yang menjelaskan sebanyak 25.7% variasi. Dapatan ini mengesahkan bahawa meskipun mahasiswa berdepan dengan pelbagai cabaran, mereka yang mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi berupaya menyesuaikan diri dan mengatasi kekangan teknologi dalam proses pembelajaran. Implikasi kajian ini mencadangkan agar pihak universiti memperkukuh sokongan infrastruktur dan latihan teknikal untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan mahasiswa.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.