|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bimbingan instruksional dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bimbingan instruksional terhadap kualiti pengajaran duta guru. Sehubungan itu, peranan personel Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) sebagai pembimbing duta guru diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pengajaran duta guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 272 duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian menggunakan pensampelan rawak sistematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap bimbingan instruksional personel SISC+ di Semenanjung Malaysia adalah tinggi (M=3.59, SP=0.511), dengan kesemua dimensi turut berada pada tahap tinggi. Tahap kualiti pengajaran duta guru juga adalah tinggi (M=3.66, SP=0.483), dengan tiga dimensi mencatatkan tahap tinggi iaitu Memfokuskan Perkembangan Potensi Murid, Merancang PdP dan Melaksanakan PdP. Namun satu dimensi Pentaksiran Pembelajaran mencatatkan tahap sederhana. Dapatan ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan positif yang lemah antara bimbingan instruksional dengan kualiti pengajaran duta guru yang dibimbing oleh personel SISC+ (r=0.28, p |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |