Hubungan bimbingan instruksional pembimbing pakar peningkatan sekolah dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di semenanjung Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Anita Md Saman
Additional Authors
Khalip Musa (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap bimbingan instruksional dan kualiti pengajaran duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia serta hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah. Kajian ini turut bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh bimbingan instruksional terhadap kualiti pengajaran duta guru. Sehubungan itu, peranan personel Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah (SISC+) sebagai pembimbing duta guru diketengahkan sebagai sokongan peningkatan kualiti pengajaran duta guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 272 duta guru sekolah menengah di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian menggunakan pensampelan rawak sistematik. Dapatan kajian menunjukkan tahap bimbingan instruksional personel SISC+ di Semenanjung Malaysia adalah tinggi (M=3.59, SP=0.511), dengan kesemua dimensi turut berada pada tahap tinggi. Tahap kualiti pengajaran duta guru juga adalah tinggi (M=3.66, SP=0.483), dengan tiga dimensi mencatatkan tahap tinggi iaitu Memfokuskan Perkembangan Potensi Murid, Merancang PdP dan Melaksanakan PdP. Namun satu dimensi Pentaksiran Pembelajaran mencatatkan tahap sederhana. Dapatan ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan signifikan positif yang lemah antara bimbingan instruksional dengan kualiti pengajaran duta guru yang dibimbing oleh personel SISC+ (r=0.28, p
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.