|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan sikap guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah visual bagi topik Sirah dan Tamadun Islam. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab empat persoalan kajian. Seramai 56 orang guru di sekolah menengah kebangsaan di daerah Klang telah menjadi responden menggunakan persampelan berstrata. Instrument kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan instrument soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach = 0.92. Data dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur persepsi responden mengenai hubungan yang kuat antara kesediaan pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan sikap guru Pendidikan Islam dengan kaedah visual bagi topik sirah. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan responden sangat bersetuju (min= 4.13, s.p= 0.54) bahawa mereka bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap (min= 4.13, s.p= 0.69). Namun, dari aspek kesediaan kemahiran (min= 3.40, s.p= 0.60) dan kesediaan pelaksanaan (min= 3.43, s.p= 0.67) responden di tahap yang sederhana. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan responden bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap kecuali dari aspek kesediaan kemahiran dan pelaksanaan. Implikasi kajian menunjukkan guru Pendidikan Islam masih belum bersedia dari aspek kemahiran dan pelaksanaan, maka pihak Kementerian Pendidikan perlu cakna agar profesionalisme perguruan dapat ditingkatkan. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |