UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesediaan guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah visual bagi topik Sirah dan Tamadun Islam

AVAILABLE Thesis 101 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesediaan guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah visual bagi topik Sirah dan Tamadun Islam
Type
Thesis
Main Author
Sarah Syahiera Zulkifli
Additional Authors
  • Azmil Hashim (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesediaan guru dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan sikap guru Pendidikan Islam menggunakan kaedah visual bagi topik Sirah dan Tamadun Islam. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif dipilih untuk menjawab empat persoalan kajian. Seramai 56 orang guru di sekolah menengah kebangsaan di daerah Klang telah menjadi responden menggunakan persampelan berstrata. Instrument kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kebolehpercayaan instrument soal selidik adalah tinggi berdasarkan pekali Alpha Cronbach = 0.92. Data dianalisis dengan menggunakan statistic deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik deskriptif digunakan untuk mengukur persepsi responden mengenai hubungan yang kuat antara kesediaan pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan sikap guru Pendidikan Islam dengan kaedah visual bagi topik sirah. Dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan responden sangat bersetuju (min= 4.13, s.p= 0.54) bahawa mereka bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap (min= 4.13, s.p= 0.69). Namun, dari aspek kesediaan kemahiran (min= 3.40, s.p= 0.60) dan kesediaan pelaksanaan (min= 3.43, s.p= 0.67) responden di tahap yang sederhana. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan responden bersedia dari aspek pengetahuan dan sikap kecuali dari aspek kesediaan kemahiran dan pelaksanaan. Implikasi kajian menunjukkan guru Pendidikan Islam masih belum bersedia dari aspek kemahiran dan pelaksanaan, maka pihak Kementerian Pendidikan perlu cakna agar profesionalisme perguruan dapat ditingkatkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.