UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Asna Zukrina Ahmad Zukni
Additional Authors :
  • Sarina Yusuf
Title :Keberkesanan teori kebergantungan media di platform Tik Tok terhadap kesejahteraan psikologi belia di Lembah Klang
Hits :11
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Teori Kebergantungan Media (MDT) pada platform TikTok terhadap kesejahteraan psikologi belia berumur 19 hingga 30 tahun di Lembah Klang. Kajian kuantitatif ini melibatkan 394 orang belia yang dipilih menggunakan persampelan kelompok. Data dikumpulkan melalui instrumen Scale of Psychological Well-Being (SPWB), Social Media Addiction Scale Student Form (SMAS-SF), dan Inventory of Parent and Peer Attachment (IPPA). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis data dijalankan menggunakan kaedah Structural Equation Modelling (SEM). Analisis SEM menunjukkan bahawa pengaruh rakan sebaya dan sokongan ibu bapa merupakan peramal signifikan terhadap kesejahteraan psikologi belia, dengan pekali penentu (R_) sebanyak 5 peratus. Ini menunjukkan bahawa model ini hanya menerangkan 5% daripada varians kesejahteraan psikologi, menandakan bahawa terdapat banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan yang tidak dimasukkan dalam model ini. Berdasarkan dapatan kajian, dapat disimpulkan bahawa pemahaman terhadap Teori Kebergantungan Media (MDT) dalam konteks digital semasa dipengaruhi oleh algoritma TikTok yang selari dengan prinsip-prinsip yang digariskan dalam teori tersebut. Namun begitu, penemuan ini menekankan kepentingan memperkukuh sokongan sosial dan mengurus penggunaan media sosial bagi meningkatkan kesejahteraan psikologi belia dan isu komunikasi. Kajian ini memberikan implikasi kepada perancangan dasar, pembangunan strategi komunikasi, serta pelaksanaan program pembangunan belia yang lebih efektif. Dengan pemahaman mendalam tentang penelitian Teori Kebergantungan Media (TKM) dan corak tingkah laku dan pengaruh sosial dengan lebih mendalam, pembuat dasar dan pengamal dapat merangka intervensi yang lebih menyeluruh dan berkesan untuk menangani isu kesejahteraan psikologi belia pada masa hadapan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.