UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :RC0321 Neuroscience. Biological psychiatry. Neuropsychiatry
Main Author :Siti Mariam MD
Additional Authors :
  • Laili Farhana Md Ibrahim
Title :Kebolehgunaan aplikasi kesihatan mental berasaskan elemen multimedia dan gamifikasi bagi kesedaran kesihatan mental dalam kalangan remaja
Hits :10
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kesihatan mental merupakan isu yang semakin membimbangkan masyarakat global, khususnya dalam kalangan remaja yang berdepan dengan pelbagai cabaran dan tekanan kehidupan masa kini. Dalam usaha menangani masalah ini, pelbagai aplikasi kesihatan mental telah dibangunkan bagi memberi sokongan serta meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat. Namun begitu, terdapat kekurangan kajian empirikal yang mendalam terhadap reka bentuk elemen multimedia dan gamifikasi bagi pengunaan aplikasi kesihatan mental. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menelusuri kebolehgunaan aplikasi kesihatan mental berasaskan elemen multimedia dan gamifikasi serta merangka garis panduan bagi pembangunan aplikasi baharu yang dapat meningkatkan kesedaran remaja terhadap kesihatan mental. Objektif kajian adalah untuk: (1) mengenal pasti reka bentuk aplikasi kesihatan mental sedia ada yang berasaskan elemen multimedia dan gamifikasi, (2) membandingkan kebolehgunaan reka bentuk aplikasi sedia ada yang berasaskan elemen multimedia dan gamifikasi, dan (3)mencadangkan garis panduan reka bentuk aplikasi kesihatan mental yang mempunyai kebolehgunaan yang baik terhadap remaja. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa struktur dan senarai semak pemerhatian. Lima orang pegawai perubatan dalam bidang kesihatan mental terlibat sebagai responden dengan memberikan maklum balas terhadap kebolehgunaan elemen multimedia dan gamifikasi dalam reka bentuk aplikasi kesihatan untuk remaja. Selain itu, tiga pakar dalam bidang multimedia mengesahkan kebolehgunaan aplikasi dan garis panduan baharu untuk pembangunan aplikasi kesihatan mental yang sesuai dan relevan dengan keperluan remaja. Implikasi kajian ini menyumbang kepada penambahbaikan kualiti aplikasi kesihatan mental dan menyokong Pelan Tindakan Strategik Kesihatan Mental 2020_2025. Dengan adanya panduan reka bentuk aplikasi yang praktikal, kajian ini diharapkan dapat memperkukuh usaha kerajaan dalam menggunakan dan membangunkan teknologi yang bersesuaian bagi meningkatkan kesejahteraan mental masyarakat
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.