UPSI Digital Repository (UDRep)

Sejarah tradisi Wangkang di Melaka dari tahun 1856 hingga 2020

AVAILABLE Thesis 119 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Sejarah tradisi Wangkang di Melaka dari tahun 1856 hingga 2020
Type
Thesis
Main Author
Rafidah Abdullah
Additional Authors
  • Yunus Sauman@Sabin (advisor)
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini membincangkan mengenai sejarah tradisi Wangkang di Melaka dari tahun 1856 hingga 2020. Tradisi Wangkang ini dilihat seolah-olah berdepan dengan masa depan yang gelap melalui pelbagai cabaran dalam memastikannya terus kekal relevan pada masa kini. Oleh itu, kajian ini membincangkan kaedah mempertahankan tradisi ini dalam masyarakat Hokkien serta faktor yang mempengaruhi kesinambungannya dari aspek sejarah, simbolisme dan adaptasinya terhadap perubahan zaman. Fokus kajian merangkumi sejarah asal-usul masyarakat Hokkien, pantang larang dan kepercayaan, kaedah pembuatan, fungsi dan analisis terhadap cabaran dan perubahan dalam upacara Wangkang. Kaedah penyelidikan sejarah digunakan untuk mengumpul dan menganalisis maklumat yang diperolehi. Kaedah tersebut merangkumi analisis terhadap dokumen arkib berupa laporan rasmi, akhbar dan majalah serta penelitian terhadap sumber sekunder yang disimpan di tokong dan perpustakaan. Pemerhatian lapangan dan temubual responden juga dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran secara dekat dengan subjek yang dikaji. Segala data serta maklumat yang diperolehi dianalisis dan disintesis untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan tradisi Wangkang oleh masyarakat Hokkien di Melaka berakar dari budaya Fujian yang mencerminkan falsafah Taoisme. Setiap peringkat pelaksanaan yang terkandung dalam upacara Wangkang turut mencerminkan kepercayaan masyarakat Hokkien terhadap konsep penghantaran roh dan pemujaan dewa Ong Yah. Ianya bertujuan untuk mengembalikan keamanan, kesejahteraan dan kestabilan terhadap dunia nyata. Walaupun berdepan cabaran seperti kos pelaksanaan yang tinggi, masyarakat Hokkien terus mempertahankan elemen autentik tradisi ini bagi memastikan kesinambungannya yang diwarisi secara turun-temurun. Pengiktirafan UNESCO terhadap tradisi Wangkang telah memperkukuhkan usaha pelestarian dan kelangsungannya sebagai warisan budaya bernilai tinggi untuk generasi akan datang. Kesimpulannya, tradisi Wangkang yang dilaksanakan oleh masyarakat Hokkien bukan sahaja memperlihatkan kepatuhan dan ketaatan terhadap Ong Yah, malah mengungkap kepercayaan tradisi mereka yang dijelmakan melalui pelaksanaan upacara tersebut. Kajian ini turut memberi sumbangan baharu terhadap dunia akademik berkaitan dokumentasi maklumat sejarah yang sangat penting dalam konteks warisan budaya masyarakat Hokkien yang semakin hilang.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.