UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
BF Psychology
Main Author :Ahmad Ridzuan Midan
Additional Authors :
  • Nor Junaidah Mohd Isa
Title :Pembentukan teori substantif berdasarkan sikap remaja terhadap Pendidikan pasca menengah
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tentang keinginan untuk menyambung pengajian ke peringkat pasca menengah. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk constructivist grounded theory (CGT). Pendekatan CGT ini membina teori substantif bagi menerangkan permasalahan dalam lapangan bidang tertentu. Pengkaji telah menggunakan teknik temu bual separa berstruktur terhadap 30 orang peserta yang dipilih melalui proses pemilihan bertujuan, teoretikal, dan bola salji. Proses menganalisis data menggunakan kaedah pengekodan awal dan pengekodan terfokus daripada perisian Atlas-ti yang telah diperkenalkan oleh Kathy Charmaz. Hasil analisis tematik telah menemui 92 kod utama, 28 subkategori, lima kategori, dan empat tema. Selain itu, perbandingan konstan turut dijalankan dalam setiap peringkat pengumpulan dan penganalisisan data kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja lepasan SPM mempunyai dua perspektif yang dipengaruhi oleh persekitaran, iaitu faktor penggalak dan faktor penolak. Bagi faktor penggalak, golongan remaja lepasan SPM ini menerima sokongan daripada ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, dan masyarakat sekeliling. Bagi faktor penolak pula, golongan remaja ini menerima pengaruh persekitaran negatif yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran. Kedua-dua faktor ini menjadi teras pembinaan teori substantif yang merangkumi empat tema utama, iaitu perspektif, sikap, strategi, dan hasil. Perkaitan antara tema-tema ini membentuk teori substantif yang digelar sebagai teori sikap remaja terhadap pendidikan pasca menengah. Kesimpulannya, grounded theory yang dihasilkan dalam kajian CGT ini dapat meningkatkan kesedaran tentang sikap golongan remaja lepasan SPM terhadap pendidikan pasca menengah. Di samping itu, constructivist grounded theory ini juga menerangkan bahawa faktor penggalak dan faktor penolak mempunyai pengaruh yang meluas terhadap proses pembelajaran dan masa depan remaja. Implikasinya, teori yang terhasil dapat diaplikasikan oleh ibu bapa, guru, pihak sekolah, serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan faktor penggalak dan mengurangkan faktor penolak. Hal ini bagi memastikan golongan remaja lebih berminat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pasca menengah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.