UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Muhammad Solehudin Tukiman
Additional Authors :
  • Mohd Nizam Nasrifan
Title :Pembangunan dan pengujian bahan pembelajaran interaktif digital ensemble muzik mengagong untuk pelajar sekolah menengah
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Ensembel muzik Gong adalah sebuah genre muzik tradisional etnik Kadazan Dusun, Sabah yang memiliki latar belakang sejarah dan corak persembahan yang tersendiri. Penyelidikan ini dibuat kerana timbul kemahuan untuk memahami budaya muzikal dan nyanyian warisan, dan secara khususnya terhadap ensembel muzik Gong atau Mengagong yang telah menjadi warisan bagi bangsa Kadazan Dusun di Sabah. Ia sebagai sebuah bentuk kebudayaan yang dipelajari oleh masyarakat etnik Sabah dari generasi ke generasi secara informal atau non-formal. Ia telah mula tenggelam di antara pelbagai perubahan perilaku masyarakat yang berlaku mengikut perkembangan zaman. Oleh yang demikian, penyelidikan ini adalah satu kerangka yang telah meneliti aspekaspek teknik dan estetik Ensembel muzik Mengagong dan distrukturkan dengan ilmu pendidikan muzik sehingga dibangunkan bahan multimedia interaktif yang dapat digunakan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan soal selidik dan teknik temubual separa berstruktur untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Sebuah produk bahan pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif ensembel muzik Mengagong telah dihasilkan dan telah dinilai kesesuaiannya untuk digunakan dalam institusi pendidikan formal. Dapatan kajian melalui maklum balas guru, jurulatih dan pelajar menunjukkan bahawa bahan pengajaran dan pembelajaran ini telah menunjukkan tahap kebolehgunaan dan kesesuaian yang tinggi sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran ensembel muzik Mengagong Sabah di institusi pendidikan formal.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.