UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Anusia Kanan
Additional Authors :
  • Muniisvaran Kumar
Title :Kebolehgunaan Modul Latihan Penulisan Karangan Bahasa Tamil berasaskan Kelas Berbalik dalam Kalangan Guru Tahun Empat
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan dan menilai kebolehgunaan Modul Latihan Penulisan Karangan Bahasa Tamil berasaskan Kelas Berbalik dalam Kalangan Guru Tahun Empat menggunakan Pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Dalam fasa analisis keperluan, dua sesi temu bual telah dijalankan melibatkan enam guru Bahasa Tamil dan lima pakar, termasuk dua orang nazir, seorang pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), seorang guru cemerlang dan seorang Ketua Panitia Bahasa Tamil. Dapatan menunjukkan terdapat keperluan signifikan untuk membangunkan modul sebagai bahan sokongan kepada guru. Fasa reka bentuk dan pembangunan melibatkan 15 pakar kajian. Melalui kaedah Fuzzy Delphi (FDM), tujuh komponen modul diterima dengan kesemua 55 item mencapai konsensus tertinggi dan skor fuzzy _ 0.5. Seramai 10 pakar menjalankan pengesahan muka dan kandungan modul (3 pakar untuk kesahan muka dan 7 pakar untuk kesahan kandungan). Dapatan menunjukkan peratusan skor kesahan muka dan kandungan melebihi 70% dengan purata kesahan muka 98.4% dan kandungan 93.9%. Nilai kebolehpercayaan modul adalah tinggi, dengan Cronbach's Alpha sebanyak 0.80. Dalam fasa ketiga, penilaian kebolehgunaan modul dijalankan menggunakan kaedah Modified Nominal Group Technique (Modified NGT) melibatkan 28 guru pakar Bahasa Tamil. Penilaian ini dilakukan berdasarkan pengalaman mereka dalam menggunakan modul tersebut untuk menentukan kebolehgunaannya. Purata persetujuan pakar melebihi 70%, dengan elemen kemudahgunaan mencatatkan 99.3%, diikuti elemen kebergunaan (96.93%) dan kepuasan (96.65%). Semua elemen ini dianggap sesuai dan boleh digunakan. Kesimpulannya, Modul Latihan Penulisan Karangan Bahasa Tamil berasaskan Kelas berbalik ini menyediakan panduan pengajaran yang komprehensif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan meningkatkan keberkesanan pengajaran penulisan karangan Bahasa Tamil dalam kalangan guru Tahun Empat. Implikasi kajian ini ialah ia memberikan panduan kepada guru dalam pengajaran penulisan karangan Bahasa Tamil secara berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.