UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan model pembangunan modal insan melalui bola sepak terhadap kemahiran insaniah belia felda sekitar Kota Tinggi

AVAILABLE Thesis 71 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan model pembangunan modal insan melalui bola sepak terhadap kemahiran insaniah belia felda sekitar Kota Tinggi
Type
Thesis
Main Author
Amirul Asraf AB Razak
Additional Authors
  • Zulakbal Abdul Karim
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2022
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti program pembangunan modal insan terhadap belia felda sekitar Kota Tinggi. Kaedah kajian yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah kajian kualitatif berdasarkan pendekatan Grounded Theory seperti yang dicadangkan oleh Strauss & Corbin. Kajian ini menggunakan temu bual semi berstruktur terhadap tujuh belia sebagai peserta kajian dalam penyelidikan ini bagi mendapatkan maklumat atau data premier yang mencapai kepada objektif kajian ini. Selain itu, data daripada pemerhatian dan analisis dokumen berkaitan dengan pasukan belia felda juga dianalisis untuk menyokong data utama. Pemerolehan daripada semua data tersebut telah dianalisis menggunakan kaedah Thematic Analysis seperti yang telah dicadangakan oleh Patton. Semua data perlu melalui proses pengekodan iaitu pengkodan terbuka, pengekodan paksi dan pengekodan pilihan yang terbentuk tema berkaitan dengan pembangunan modal insan yang diperlukan oleh belia-belia felda. Terdapat tujuh tema-tema yang terbentuk adalah kemahiran semangat berpasukan, kemahiran penyelesain masalah, kemahiran komunikasi, kemahiran professional, kemahiran emosi/gaya hidup sihat, kemahiran integrity dan kemahiran pembelajaran berterusan hingga akhir hayat. Melalui temat-tema ini maka penyelidikan berjaya mencadangakan sebuah Model Pembangunan Modal Insan Melalui Bola Sepak Terhadap Kemahiran Insaniah Belia Felda Sekitar Kota Tinggi yang dapat membantu belia felda lebih berkesan dalam melahirkan belia felda yang berkualiti daripada aspek kemahiran insaniah. Diharapkan pihak-pihak yang terlibat di kawasan felda-felda dapat membentuk pusat sumber dan menggunakan model ini sebagai panduan dalam program pembangunan modal insan terhadap belia-belia felda.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.