Implementasi pedagogi responsive budaya dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan
Type
Thesis
Main Author
Kavitha Ramasandra
Additional Authors
Kartheges Ponniah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai pelaksanaan Pedagogi Responsif Budaya (PRB) dalam mata pelajaran Bahasa Tamil di Sekolah Kebangsaan (BTSK) di Pulau Pinang. Reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dengan melibatkan seramai 55 orang guru dan 234 orang murid BTSK. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian-t, ANOVA, korelasi Pearson dan regresi linear berganda. Dapatan menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap PRB adalah tinggi (M = 4.65) serta wujud pengiktirafan terhadap keperluan latihan tambahan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. PRB menunjukkan hubungan positif yang signifikan dengan amalan guru dan persepsi murid. Murid melaporkan tahap kepuasan dan penglibatan yang lebih tinggi apabila unsur budaya diterapkan dalam pengajaran. Analisis inferens menunjukkan tiada perbezaan signifikan dalam persepsi dan amalan PRB berdasarkan pengalaman mengajar atau jantina. Namun demikian, terdapat hubungan positif yang signifikan antara persepsi murid terhadap PRB dengan penglibatan mereka (r = 0.791, p < .05). Kesedaran guru (B = 0.234, p < .05) dan impak amalan PRB (B = 0.557, p < .01) dikenal pasti sebagai peramal signifikan terhadap pelaksanaan PRB dalam kalangan guru. Kesimpulannya, PRB merupakan pendekatan pedagogi yang berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang inklusif dan responsif terhadap budaya. Implikasi kajian ini menyerlahkan kepentingan meningkatkan latihan guru serta sokongan institusi bagi memperkukuh pelaksanaan PRB yang berkesan dalam mata pelajaran BTSK.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.