Prinsip prinsip Aram berdasarkan Tirukkaral dalam Antologi Cerpen Pavai
Type
Thesis
Main Author
Saraswathy Kuthirakkal Kunhikannan
Additional Authors
Manommani Devi Anamalai (advisor)
Subject
PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisis dan meneliti kekuatan prinsip aram (kebenaran) daripada Tirukkural dalam antologi cerpen oleh Pavai yang bertajuk Tiravi. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini, iaitu kaedah kajian kepustakaan dan kaedah analisis teks yang berasaskan teori Deontologi Immanuel Kant. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa dua belas nilai aram daripada Tirukkural dapat dikenal pasti dalam dua puluh tujuh cerpen yang dianalisis. Dari segi penyisipan aram daripada Tirukkural, dua belas cerpen Pavai telah berjaya menggabungkan nilai aram ke dalam cerita mereka. Dari aspek kekuatan aram, didapati bahawa sembilan daripada dua puluh tujuh cerpen yang dikaji menunjukkan unsur yang baik dalam menyokong plot cerita pendek Pavai. Berdasarkan dapatan ini, dapat disimpulkan bahawa penulis cerpen telah berjaya memasukkan nilai aram daripada Tirukkural dalam antologi cerpen beliau yang bertajuk Tiravi. Hasil kajian ini juga dapat meningkatkan pemahaman para penggemar sastera bahawa pengaplikasian Tirukkural dalam cerpen Tamil merupakan pendekatan yang berkesan untuk menyampaikan mesej kepada pembaca. Implikasi kajian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan penghargaan dalam kalangan pembaca dan penulis cerpen terhadap peranan aram daripada Tirukkural dalam cerpen Tamil Malaysia.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.