UPSI Digital Repository (UDRep)

Kreativiti pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah Selangor

AVAILABLE Thesis 124 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Kreativiti pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah Selangor
Type
Thesis
Main Author
Nurin Sofiya Shamsul Kamar
Additional Authors
  • Mistachul Huda (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka strategi pengajaran kreatif dalam Pendidikan Islam serta menilai faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanannya dalam kalangan guru sekolah rendah di Selangor. Dalam era Pendidikan abad ke-21, keperluan terhadap pendekatan pengajaran yang inovatif dan menyeronokkan menjadi semakin penting bagi memastikan murid bukan sahaja memahami ilmu, tetapi juga menghayatinya dalam kehidupan seharian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur bersama enam orang guru Pendidikan Islam dan dianalisismenggunakan kaedah tematik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa strategi seperti penggunaan teknologi digital, aktiviti kolaboratif, pendekatan seni dan muzik, gamifikasi, serta pembelajaran berasaskan projek dapatmeningkatkan penglibatan pelajar, tumpuan serta kefahaman mereka terhadap konsep Islam secara lebih bermakna. Selain itu, ciri guru seperti pengalaman, kemahiran pedagogi, dan latihan profesional turut dikenal pasti sebagai faktor penentu kejayaan pelaksanaan strategi tersebut. Namun demikian, kajian mendapati pelaksanaan strategi ini sering berdepan cabaran seperti kekangan masa, kekurangan bahan bantu mengajar, dan cabaran infrastruktur teknologi di sekolah. Walau bagaimanapun, hasil kajian turut membuktikan wujud hubungan positif antara strategi pengajaran kreatif dengan peningkatan penglibatan pelajar, serta peranan signifikan pengalaman guru dalam mengintegrasikan teknologi bagi menyokong proses pembelajaran. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan keperluan sokongan berstruktur seperti penyediaan sumber pendidikan yang mencukupi, latihan berterusan, kurikulum fleksibel, serta kerjasama antara guru, ibu bapa, dan komuniti bagi memperkukuh kreativiti dalam pengajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, guru perlu diperkasa agar lebih kreatif, inovatif, dan berkeyakinan dalam merancang serta melaksanakan pengajaran Pendidikan Islam yang relevan, interaktif dan berimpak tinggi, sejajar denganmatlamatmelahirkangenerasiMuslim yang seimbang dari segi intelek, rohani dan sahsiah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.