UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HE Transportation and Communications
Main Author :Siti Nurashiken Muhammad
Title :Tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah kajian kes di sekolah-sekolah terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan (IR)
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan pejalan kaki dalam kalangan pelajar sekolah. Kawasan kajian melibatkan dua buah sekolah terpilih yang berlokasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mewakili kawasan bandar dan dua buah sekolah terpilih yang terletak di negeri Kelantan yang mewakili kawasan luar bandar. Jumlah sampel yang digunakan adalah seramai 400 orang yang melibatkan pelajar yang berjalan kaki. Sumber data yang digunakan adalah data primer dan sekunder. Data primer dicerap melalui kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual responden. Manakala, data sekunder diperoleh melalui kajian perpustakaan, dokumen rasmi, laporan dan jurnal daripada sumber elektronik. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif dipersembahkan dalam bentuk peratusan, kekerapan, min dan sisihan piawai. Manakala, statistik inferensi menggunakan pengujian Khi Kuasa Dua, ujian Mann-Whitney U, ujian Korelasi Cramer dan ujian Korelasi Spearman. Hasil kajian menunjukkan faktor kesesakan lalu lintas merupakan faktor yang paling memberi risiko kemalangan jalan raya di kedua-dua kawasan iaitu kawasan bandar dan luar bandar. Seterusnya, hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepuasan responden terhadap keempat-empat pemboleh ubah iaitu kemudahan, persekitaran, lalu lintas dan sikap yang diuji masih berada pada tahap tidak memuaskan. Bagi ujian perbandingan pula, hasil kajian menunjukkan tahap keselamatan pejalan kaki pelajar sekolah di kawasan luar bandar lebih baik berbanding kawasan bandar. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan tahap keselamatan pejalan kaki pelajar sekolah. Kerjasama daripada pihak kerajaan, sekolah dan masyarakat penting dalam memastikan pejalan kaki dapat melakukan perjalanan yang selamat sewaktu melakukan trip sekolah. Setiap cadangan penambahbaikan diharap mampu mengurangkan risiko keselamatan pelajar dan seterusnya menjadi panduan bersama.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)