|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kefahaman murid terhadap mata pelajaran Adab, menilai tahap disiplin yang diamalkan di sekolah, serta menentukan hubungan antara kefahaman adab dengan disiplin murid di institusi KAFA daerah Teluk Intan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan instrumen soal selidik berasaskan konstruk kefahaman adab dan disiplin murid. Seramai 265 orang murid KAFA Tahun Lima dipilih secara rawak berstrata sebagai sampel kajian. Nilai kebolehpercayaan instrumen ditentukan melalui ujian Cronbach_s Alpha dengan indeks melebihi 0.80 bagi memastikan ketekalan data. Analisis deskriptif dan korelasi Pearson dilaksanakan menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan tahap kefahaman murid terhadap mata pelajaran Adab berada pada tahap tinggi (min = 4.21), manakala tahap disiplin berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.87). Hasil ini membuktikan bahawa objektif kajian bagi menilai tahap disiplin telah dicapai melalui analisis deskriptif yang memperincikan amalan disiplin dalam kalangan murid. Perbezaan dengan objektif pertama dapat dilihat apabila analisis korelasi dilakukan bagi mengenal pasti hubungan antara kefahaman adab dan disiplin, menjelaskan bahawa kefahaman adab bukan sahaja diukur secara individu, tetapi turut memberi kesan terhadap pembentukan disiplin murid. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan signifikan dan positif antara kefahaman adab dengan disiplin murid (r = 0.612, p < 0.05). Secara keseluruhannya, hasil kajian mengesahkan bahawa kefahaman terhadap mata pelajaran Adab memainkan peranan penting dalam membentuk disiplin murid, selaras dengan prinsip Teori Tarbiyah Ibnu Khaldun yang menekankan pendidikan berasaskan ilmu dan amalan. Kesimpulannya, semakin tinggi kefahaman adab dalam kalangan murid, semakin tinggi tahap disiplin yang diamalkan. Implikasi kajian ini menegaskan keperluan memperkukuh pengajaran adab melalui pendekatan tarbiyah dan aktiviti amali agar nilai disiplin dapat dihayati serta diamalkan secara konsisten dalam kehidupan seharian murid. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |